13/01/2012

Penangguhan SBPA

Pada bulan Disember yang lalu, penjawat awam telah diperkenalkan SBPA - Saraan Baru Perkhidmatan Awam menggantikan Sistem Saraan Malaysia. Akibat terdapat unsur 'ketidakjelasan' dan ketiadaan taklimat yang jelas tentang dasar-dasar yang terdapat dalam SBPA, kekusutan perlaksanaan sistem tersebut telah berlaku.

CUEPACS dengan lantang telah memohon agar SBPA dikaji semula kerana timbul beberapa perkara yang diragui cara pelaksanaannya kelak terhadap penjawat awam di Malaysia terutamanya berhubung perkara 'dasar pemisah' dan 'cara pemindahan tangga gaji' yang tidak begitu jelas.

Perkara ini telah mendapat perhatian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak sekaligus beliau telah mengarahkan JPA agar melanjutkan masa perlaksanan SBPA sehingga 15 Januari 2012 untuk membolehkan CUEPACS dan JPA mempunyai masa yang mencukupi untuk berunding tentang kekusatan yang telah berlaku.

Walaubagaimana pun, sekali pelaksanaan SBPA ditangguhkan sehingga bulan Jun untuk membolehkan semakan semula dilaksanakan. Pada masa yang sama, pemilihan opsyen 60 tahun yang telah dibuat dikekalkan tarikh pelaksanaannya yang telah dibuat pada penghujung bulan Disember yang lalu.

0 ulasan:

Catat Ulasan